Friday 30 December 2011

terlalu cinta


Ada satu kata yang ingin ku lafaz
Ada satu kata yang ingin ku ungkap
Setelah sekian lama ku pendam
Akhirnya bakal tersingkap

Dahulu, aku menidakkan
Tetapi kini aku percayakan
Selama ini aku terseksa
Kerana lafaz itu belum ku kata

Apabila aku menyedari kau dia punya
Hati ku terus menjadi duka
Aku tahu aku terlambat
Untuk meluahkan segala yang disemat

Apabila kau dalam kesusahan
Aku hulurkan bantuan
Kerana aku ingin kau sedari
Bahawa aku ada di sisi

Aku tak mengenal erti putus asa
Lalu kau aku kejar
Namun, setelah kau diijabkabulkan
Harapanku kian pudar

Hari-hariku semakin tiba
Kerana kebahagiaanmu menjadi tekananku
Di sini ingin ku beritahu
Yang aku mencintaimu

Bahagialah kau bersama si dia
Namun hanya satu aku pinta
Semasa aku dicabut nyawa
Kau berada bersama

Apakah ku kejam
Kerana masih menagih harapan
Apakah aku kejam
Kerana kau hampir ku rampas

Kini perbuatanku dibalas-Nya
Salahkah apa yang aku pinta
Salahkah untuk aku merasai bahagia
Tika aku di hujung nyawa 

No comments:

Post a Comment

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...