Saturday 25 May 2013

pintaku

Coretan hidup penuh luka
Hanya mengingatkanku kepada luka lama
Betapaku cuba untuk mengubat luka
Yang sekian lama selalu berdarah

Ku telah cuba melupakanmu
Namun aku tak mampu
Kepada Tuhan aku rayu
Moga wajahmu takkan kunjung ke hatiku

Namun tawamu terngiang-ngiang di telingaku
Apa yang harusku lakukan?
Adakah iniku punya suratan?
Terus terseksa di bumi Tuhan

Ya Allah, aku rayu pada-Mu
Jauhkanlah bayangannya
Jauhkanlah tawanya
Jauhkanlah segala-gala miliknya dariku
Agar aku bisa teruskan hidup

Thursday 2 May 2013

ku akan berjuang

Ayah, ibu
Keringat di dahimu
Lelah di wajahmu
Serta sakit perihmu
Membuatku sedar betapa besar pengorbananmu

Kau yang tak pernah tunduk kepada kepenatan
Kau yang tak pernah tunduk kepada kesakitan
Membuat aku sanjung kalian berdua

Ayah, ibu
Biarpun cita-citaku terpaksaku korbankan
Namun demi kalian
Aku rela

Biarlah keinginanku terkubur
Biarlah aku menyesal di hari tua
Namun demi kalian semua,
Aku sanggup

Selalulah ingatiku dalam hatimu
Kerana aku selalu mencintaimu

masih menantimu

Tepat 31 Disember 2012
Dirimu takku lihat
Entah kau menghilang ke mana
Setiap hari aku tertanya-tanya

Berdosakah aku
Kerana selalu teringatkanmu
Berdosakah aku
Kerana selalu terkenangkanmu

Aku takut azab di neraka
Namun ku juga takut andai kau bersamanya
Aku takut andaiku dalam golongan munafiq
Kerana pada zahirnya aku ingatkan Allah
Tapi hatiku selalu bersamamu

Datanglah kepadaku
Padamkan semua mimpiku
Marilah kita bersatu
Dan halalkan semua yang a

cintaku beralih

Kasih ini tiada berpanjangan
Setelah keputusan termeterai
Dunia kita hancur berkecai
Bagai kaca yang takkan bercantum semula

Bukan kau yang menoktahkan cintamu
Tetapi aku sendiri
Aku mengaku, kukhilafi diri
Namun sampai di sini saja cinta kita

Aku lebih memilih untuk berjihad
Setelah kau pergi dalam peperangan
Moga kaumenantiku di pintu syurga
Agar kita bisa bersama

Ya Allah, seluruh ragaku kuserahkan pada-Mu
Izinkan aku untuk mati di jalan-Mu
Dan teguhkanlah niatku
Iaitu hanya kerana-Mu

Bukan kerana dia yang telah pergi dari sisi
Tetapi kerana Allah S.W.T. yang kucintai

rintihan kalbuku

Tika ombak menampar kakiku
Tika bayu memupuk pipiku
Terkenang aku pada masa dulu
Kenangan yang perit untukku ingat dan kerna itu aku tak mahu

Seringkali aku memikirkan salahku
Salahku yang pernah kulakukan padamu
Sehingga kau membenciku
Lantas kau jauhkan dirimu dariku

Kekadang, aku tertanya-tanya 
Di mana kesilapan
Yang pernah kulakukan
Agar persengketaan bisa diselesaikan

Duhai bonda, duhai ayahanda
Anakanda masih di sini
Masih menanti belaianmu
Masih menunggu kasih sayangmu

Biarlah anakanda selama-lamanya di sini 
Asalkan kalian tahu
Bahawa aku mencintaimu
Di dalam hatiku 
 

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...