Tuesday 25 March 2014

Di Saat

Di saat kau mengatakan
Engkau akan pergi
Hatiku meronta,
Terbelenggu memilih antara keluarga atau dirimu

Di saat kau mengatakan yang engkau akan pergi jauh
Hatiku menangis
Keranaku tahu maksudmu
Iaitu kau akan tinggalkanku

Apa salahku padamu?
Jika ini caranya kau melindungiku
Maka aku rela diriku dalam bahaya
Asalkan kau dekat denganku

Kerana cintaku padamu
Aku sanggup melepaskan segalanya
Relaku tinggalkan keluarga
Hanya kerana dirimu

Kerana cintaku padamu begitu dalam
Aku kemurungan
Aku tak mampu bangkit, aku jatuh
Terus hanyut dalam kesedihan

Di saat aku disedarkan tentang Allah
Aku tahu asih ada yang menyayangiku
Namun mengapa tika aku cuba untuk bangun
Ungkapanmu menjadi pembunuhku

Di saat kau pulang dengan dirimu yang baru
Hatiku tersentuh
Aku cuba membencimu tapi aku tak mampu
Kerana aku masih menyayangimu

Kisah silam kita telah lama berlalu
Jadi untuk apa aku mengumpul kebencianku
Jika aku sendiri tahu
Yang aku tak mampu untuk melupakanmu

Kau telah cuba menyuntingku
Namun kita tak dapat restu dari ibu bapaku
Kerana mereka masih marah terhadapmu
Yang telah membuat aku jatuh

Ya Allah, aku bersujud pada-Mu
Ampunilah kekhilafanku yang lalu
Aku telah melupakan-Mu
Dengan mengagungkan cinta ciptaan-Mu

Tapi, ya Allah, aku merayu pada-Mu
Pulihkanlah luka ibu bapaku
Agar mereka dapat menerimanya
Sebagai menantu mereka yang sah

Ya Allah, perliharalah juga rumah tangga kami
Agar kami dapat memiliki zuriat yang baik,
Akidahnya terjaga dan selalu beramal soleh
Serta tidak akan melupakan-Mu seperti aku dulu

Amin, ya Rabbal-a'lamin

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...