Sunday 11 December 2011

Suara Hati


Dia membawaku ke alam cinta
Terasa indah apabila bersamanya
Namun, keindahan itu hanya sementara
Kerana cinta penuh dusta

Kini aku hanya sebatang kara
Ditinggalkan di dunia walaupun sementara
Tetapi hati terasa begitu lama
Aku hanya ingin tinggalkan dunia

Kini aku membawa diri
Sampai bila pun ku tak pasti
Aku merasakan kekosongan
Kerana ku tahu kau bukan untukku

Dan kini terasa bagai kau melindungiku
Baruku tersedar ke alam maya
Kau memang untukku
Kerana itulah suratan kita

Ya Tuhan!
Ku hargai rahmat-Mu
Ku bersyukur atas pemberian-Mu
Dan ku bermohon, caturkanlah hidupku

No comments:

Post a Comment

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...