Sunday 11 December 2011

Takku Pinta

Tidakku pinta ini yang berlaku
Tidakku pinta ini menjadi perasaanku
Tidakku pinta getaran itu
Tidakku pinta aku menyukaimu

Aku yang sentiasa berdoa kepada Tuhan
Agar perasaan cinta ini dijauhkan
Aku yang sentiasa berdoa kepada Tuhan
Agar buangkan semua getaran

Namun, mengapa perasaan cemburu menyusul
Bila aku melihat kau dan dia tersenyum
Namjun, mengapa perasaan hiba menyapa
Bila kita tidak lagi mesra

Aku ingin menjaga kesucianku
Aku ingin menjaga  kehormatanku
Aku ingin menjaga harga diriku
Aku masih ingin memelihara mahkotaku

Ingin sekali aku menangis
Mahu sekali aku merintih
Namun, mengapa harusku lakukan semua itu
Kerana misiku menjaga harga diriku

No comments:

Post a Comment

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...