Aku tahu perasaan itu bukan mudah untuk kau lupakan
Aku tahu keinginanmu untuk miliki sukar untuk kau lepaskan
Aku fahami kau terpaksa selindungkan perasaan
Aku mengerti semasa kau dan dia berpandangan
Namun, mungkin inilah rintangan
Sebelum kalian berkekalan
Kau yang selalu mendambakan
Dia pula yang tak perasan
Kau bagaikan puteri menanti
Dia bagai putera yang mencari
“Siapakah sang puteri?”
Itu yang putera kata dalam hati
Hanya masa yang menentukan
Sejauh mana hubungan kalian
Hanya Tuhan yang menentukan
Seperti yang tertulis di suratan
No comments:
Post a Comment