Saturday 24 November 2012

Penyesalan Tiada Terungkap




Kenangan yang tergamit sendiri
Bagai membunuh diri ini
Aku terseksa di sini
Sambil mengenang memori yang telah pergi

Aku merindui kalian semua
Setelah lama tak bertentang mata
Di hari kita bertemu semula
Aku yang termalu pula

Sampai kapan jadi begini?
Ku sendiri pun tak pasti
Yang kutahu aku sangat menyesali
Keputusanku yang telah dimeterai

Mungkin aku bodoh
Kerana membiarkan emosi menguasai minda
Mungkin aku bodoh
Kerana bertindak tanpa berfikir kali yang kedua

Hanya Tuhan yang mengerti aku
Bukan orang lain mahupun sang ibu
Biar penyesalan ini kuungkap kali yang keseribu
Namun masa tetap tak boleh diundur

No comments:

Post a Comment

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...