Saturday 10 August 2013

perpindahan yang menyakitkan

Sepanjang aku berada di sini
Pelbagai kenangan telah tercoret
Samada suka atau duka
Bagiku itu adalah kenangan terindah sepanjang aku bernyawa

Pertemuan kita semua
Membuat aku sedar aku bukan keseorangan
Aku merasakan hati ini hidup semula
Bagai ada cahaya yang meneranginya

Namun kini aku terpaksa tinggalkan itu semua
Kerana kesilapanku sendiri
Akhirnya aku yang makan hati
Aku cuma mengharapkan kalian tidak melupakanku
Dan kita akan berhubung selalu

Di sini aku mencari bahagia
Namun baru kusedari betapa sakitnya mencintai dalam hati
Dia tak lagi sedar aku di sisi
Tapi aku redha dengan ketentuan Ilahi

Sekali lagi aku ditinggalkan
Namun aku pasrah dengan ketentuan Tuhan
Siapa aku untuk membantah suratan yang telah ditetapkan
Terpaksaku harungi sendiri semua dugaan

Harusku sedari kalian tak lagi di sisi
Terpaksa aku harungi onar dan duri ini sendiri
Pahit dan main harusku telan
Dan tiada sesiapa akan sedar

Keputusan yang aku buat, ku harap memberi kebaikan
Untuk sementaraku temui kebahagiaan
Yang tak pernahku dapati sepanjang aku di situ
Tapi hati ini masih mengingati kalian semua
Mahu tak mahu kenangan itu harusku lupa

Di sini aku mengenali erti cinta
Cinta yang tak pernahku rasakan dengannya
Tapi sekali lagi cinta ini harusku pendamkan
Dan akhirnya aku sedari cinta ini memakan diri

Cinta yang pernah bertandang di kalbu
Ku cuba usir dengan alasan seribu
Tapi cinta ini masih kukuh bertapak dalam hati
Bagaimana dan apa yang harusku lakukan untuk membuang jauh-jauh cintamu
Wajahmu, matamu dan senyumanmu hari-hari menjadi igauanku

Ku cuba mencarimu setelah kita terpisah
Namun sampai sekarang tetap aku tak jumpa

Kali ini aku ingatkan hati bahawa ini kehendak Ilahi
Dan takdir belum menemukan kita

Biar beribu kisah cinta
Biar berjuta puisi cintaku coretkan
Namun cinta ini masih belum aku bisa padamkan

Dan perpindahan sekali lagi terjadi
Di sini aku masih tidak dapat melupakanmu
Apa yang harusku lakukan lagi?

Telahku cuba pelbagai cara termasuk mencipta cinta
Tapi sampai sekarang dirimu masih lagi tak dapatku lupakan
Dan aku mengingatkan diri bahawa harusku cari Tuhan

Namun sampai sekarang bayangmu tetap menjadi igauanku

Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah hamba yang lemah
Yang Maha Menguasai alam semesta, aku pinta, aku mohon
Temukanlah aku dan dia walau dalam mimpi sekalipun
Agar terubat rindu di hati ini

1 comment:

  1. sorry.. when I reread the poem, I feel like the words are fussy.. please forgive me, my readers..

    ReplyDelete

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...