Sunday 5 October 2014

penghargaan seorang sahabat

Pertemuan yang tidak dijangka
Mencipta sejuta kenangan bersama
Kau, aku dan kita
Sentiasa ketawa dan ada kala berduka

Perpisahan yang telah dijangka
Yang terpaksa kita terima
Walaupunku tahu ianya payah
Tapi hati ini haru dicekalkan jua

Selepas episod ini
Kita buka tirai lain
Kita berlakon di pentas yang baru
Semuanya demi mencapai sebuah cita

Bezanya kali ini
Teman-teman di dewan in
Mungkin tiada bersama
Semuanya punya pentas sendiri

Kuhanya berharap kita akan saling berjumpa
Mungkin mengambil masa
Tapi persahabatan ini jangan dilupa
Moga berkekalan, hingga ke akhir nafas

Guru, terima kasih kerana membantu kami
Tanpa guru yang bagaikan lilin
Kami tak mungkin berdiri di sini
Jasamu tida terbalas, wahai guru
Hanya doa yang mampu kamu hadiahkan

Sahabat, tanpa bantuan kalian
Mungkin ada antara kita yang rebah
Terima kasih kerana sanggup berpatah arah
Untuk menyambut, biar kami bisa berjalan semula

ku tak ingin jadi munafik

Di depanmu aku berusaha menjadi yang sempurna
Entah mengaa kau bagaikan air buatku
Menghilangkan dahaga di kala aku kehausan
Menyejukkan bila aku kepanasan

Aku tak bisa lagi menipu hatiku
Atau aku boleh menjadi munafik
Tapi salahkan aku menidakkan perasaan Ini
Untuk mengelak daripada melupakan Ilahi?

Mengapa perasaanku ini seperti tempayan yang penuh
Tak mampu lagi menanggung atau menyembunyi cinta
Atau ini bukan cinta
Tetapi sekadar saru permainan perasaan?

Tanpaku sedari kau telah mengalihkan perhatianku
Bagaimana lagi harusku lakukan
Agar aku tak terpesong dari cita-citaku
Yang boleh mengubah hidupku

Sedarlah, aku di sini
Jangan sekadar melihatku dari hujung matamu
Kerana aku begitu memerlukan
Perhatian darimu

azamku

Entah mengapa wajahmu berlayar di ingatan
Walauku cuba melupakanmu
Tapi senyumanmu
Tetap menjadi santapan ingatanku

Aku cuba menyibukkan diriku
Tapi setiap patah perkataanku
Pasti akan terganggu  dengan wajahmu
Dan waktu itu aku mengelamun

Memang kita tidak sebangsa
Tapi aku mengharapkan kita seagama
Biar segalanya dipermudahkan
Dan cinta kita dipayungi cinta Allah

Benarkah anganku akan menjadi realiti
Atau akan kekal sebgai fantasi
Ku cuma punya dua pilihan
Akhirkan segala penantian, atau mulakan perjalanan

Dan aku memilih yang kedua
Maka ilmu itu harusku timba
Biar aku bisa mendekatimu
Dan membawamu terbang bersamaku

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...