Friday 30 December 2011

terlalu cinta


Ada satu kata yang ingin ku lafaz
Ada satu kata yang ingin ku ungkap
Setelah sekian lama ku pendam
Akhirnya bakal tersingkap

Dahulu, aku menidakkan
Tetapi kini aku percayakan
Selama ini aku terseksa
Kerana lafaz itu belum ku kata

Apabila aku menyedari kau dia punya
Hati ku terus menjadi duka
Aku tahu aku terlambat
Untuk meluahkan segala yang disemat

Apabila kau dalam kesusahan
Aku hulurkan bantuan
Kerana aku ingin kau sedari
Bahawa aku ada di sisi

Aku tak mengenal erti putus asa
Lalu kau aku kejar
Namun, setelah kau diijabkabulkan
Harapanku kian pudar

Hari-hariku semakin tiba
Kerana kebahagiaanmu menjadi tekananku
Di sini ingin ku beritahu
Yang aku mencintaimu

Bahagialah kau bersama si dia
Namun hanya satu aku pinta
Semasa aku dicabut nyawa
Kau berada bersama

Apakah ku kejam
Kerana masih menagih harapan
Apakah aku kejam
Kerana kau hampir ku rampas

Kini perbuatanku dibalas-Nya
Salahkah apa yang aku pinta
Salahkah untuk aku merasai bahagia
Tika aku di hujung nyawa 

Sunday 11 December 2011

Suara Hati


Dia membawaku ke alam cinta
Terasa indah apabila bersamanya
Namun, keindahan itu hanya sementara
Kerana cinta penuh dusta

Kini aku hanya sebatang kara
Ditinggalkan di dunia walaupun sementara
Tetapi hati terasa begitu lama
Aku hanya ingin tinggalkan dunia

Kini aku membawa diri
Sampai bila pun ku tak pasti
Aku merasakan kekosongan
Kerana ku tahu kau bukan untukku

Dan kini terasa bagai kau melindungiku
Baruku tersedar ke alam maya
Kau memang untukku
Kerana itulah suratan kita

Ya Tuhan!
Ku hargai rahmat-Mu
Ku bersyukur atas pemberian-Mu
Dan ku bermohon, caturkanlah hidupku

Tentangan Cinta


Cinta bagimu kesulitan
Cinta bagimu kesakitan
Cinta bagimu membawa kesengsaraan
Cinta bagimu satu penderitaan

Tetapi cinta bagiku kesenangan
Tetapi cinta bagiku kesembuhan
Cinta bagiku membawa kebahagiaan
Cinta bagiku satu pertalian

Aku setuju  cintakan Tuhan adalah sejati
Aku mempersetujui cinta kepada Rasul adalah murni
Namun, aku juga sedari
Cintakan kekasih juga abadi

Mungkin ini tiba masanya
Kita bertemu dengan jodoh kita
Mungkin ini takdir-Nya
Engkau dan aku bersama

Takku Pinta

Tidakku pinta ini yang berlaku
Tidakku pinta ini menjadi perasaanku
Tidakku pinta getaran itu
Tidakku pinta aku menyukaimu

Aku yang sentiasa berdoa kepada Tuhan
Agar perasaan cinta ini dijauhkan
Aku yang sentiasa berdoa kepada Tuhan
Agar buangkan semua getaran

Namun, mengapa perasaan cemburu menyusul
Bila aku melihat kau dan dia tersenyum
Namjun, mengapa perasaan hiba menyapa
Bila kita tidak lagi mesra

Aku ingin menjaga kesucianku
Aku ingin menjaga  kehormatanku
Aku ingin menjaga harga diriku
Aku masih ingin memelihara mahkotaku

Ingin sekali aku menangis
Mahu sekali aku merintih
Namun, mengapa harusku lakukan semua itu
Kerana misiku menjaga harga diriku

Suratan Buatmu


Sahabat!
Hubungan kita begitu erat
Berpisah darimu sungguh ku tak kuat
Walaupun ia sudah tercatat

Engkau pergi meninggalksn dunia
Membuatkan jiwaku meronta-ronta
Hatiku dilambung gelora
Ku ingin menjejakimu walau terpaksa kehilangan nyawa

Ingin sekali aku menyerumu
Biar teringat saat bersama
Biar kenangan terpahat di dada
Biar kenangan terpahat di jiwa

Hidupku kosong tanpa hadirmu
Hidupku kosong tanpa bimbinganmu
Hanya denganmu aku berusaha
Menempuh hari suka dan duka

Ya Tuhan!
Bawalah aku ke jalan-Mu
Bimbinglah aku sepanjang hayatku
Lindungilah aku dan selamatkanlah aku
Dari ujian yang datang menjurus 

SabarlaH, Sahabatku

Aku tahu perasaan itu bukan mudah untuk kau lupakan
Aku tahu keinginanmu untuk miliki sukar untuk kau lepaskan
Aku fahami kau terpaksa selindungkan perasaan
Aku mengerti semasa kau dan dia berpandangan

Namun, mungkin inilah rintangan
Sebelum kalian berkekalan
Kau yang selalu mendambakan
Dia pula yang tak perasan

Kau bagaikan puteri menanti
Dia bagai putera yang mencari
“Siapakah sang puteri?”
Itu yang putera kata dalam hati

Hanya masa yang menentukan
Sejauh mana hubungan kalian
Hanya Tuhan yang menentukan
Seperti yang tertulis di suratan 

Lumrah Manusia

Hari ini hari bahagia
Bila tiba waktu pertama
Untukku bersekolah
Akanku bisa mencipta sejarah

Hari ini hari duka
Bila otakku harus bekerja
Dan takku harus bekerjasama
 Untukku menghadapi hidup di dunia

Tetapi bagaimana dengan akhirat
Apa ibadatku sudah kuat
Ingin sekali aku menjauhi seksaan
Yang sudah ditentukan Tuhan

Hari ini aku menadah tangan
Berdoa kepada Tuhan
Janganlah kau lalaikanku dengan godaan
Kerna aku tahu akanku hadapi seksaan  

Luahan Rasa

Kita bertemu di saat aku dan dia berpisah
Kita bertemu di saat aku berhati patah
Kita bertemu setelah sekian lama ku diperhati jauh
Kita bertemu setelah Tuhan menakdirkan itu

Namun kini kau bakal meninggalkanku
Walaupun aku tak mengharapkan itu
Namun itu yang tertulis pada suratanmu
Tetapi aku tak bisa menangisimu

Mengapa muncul orang ketiga
Di saat kau hampir tinggalkan dunia
Mengapa harus kau pilih dia
Jika engkau tiada lagi di dunia

Dan pada Disember kau benar-benar tinggalkanku
Tak sempat untuk menyambut tahun baru
Hari itu kamu meminta maafku
Kerana tak bisa penuhi janjimu

Dan kini lengkap tiga tahun aku kau tinggalkan
Tetapi hasratmu masihku tak penuhkan
Aku terasa bagai kau aku duakan
Jika permintaanmu aku tunaikan

Kenangan Bersama

Hatiku sedih mengenangkanmu
Hatiku sayu memikirkanmu
Terlalu banyak kenangan bersama
Yang kini menjauh dari minda

Ke mana janjimu
Ke mana kata-katamu
Ungkapanmu
Yang dahulu memikatku

Kini aku menjauh darimu
Tapi kini mindaku kau rasuk
Hatiku patah mengenangkanmu
Hatiku punah mengimbau perpisahan itu

Kau merungkai kenangan lama
Kau megungkit semua cerita
Kau memutarbelitkan fakta
Perpisahan ini kaulah penyebabnya

Siang malamku meratapmu
Siang malamku merindumu
Siang malamku terkenangkanmu
Siang malamku termimpi wajahmu

Namun, kau tak pernah ada
Penantianku bagaikan tiada penghujungnya
Tiada noktah
Dan akhirnya aku mengalah

Mengapa kini kau menagihiku
Mengapa kini kau mengasihiku
Begitu sakit untukku mengingatimu
Begitu perih mengenangkan kejadian itu

Jemputlah Aku

Sewaktu kecil kita terpisah
Biarpun berjanji untuk bersama
Terlerai teratak bermakna
Terlerailah juga hubungan kita

Tahukah engkau  aku masih setia
Saban hariku menanti kedatanganmu
Menjemputku
Mengeluarkanku dari ribut

Berbelas tahun
Kini kau muncul di hadapanku
Aku terpegun terus kaku
Pabila terdengar suaramu

Parutmu yang aku rindukan
Parutmu yang menjadi tanda persahabatan
Parutmu tanda keikhlasan
Yang engkau ingin berteman

Tetapi hariku makin mendatang
Tetapi hariku makin mendekat
Aku akan tinggalkan jasad
Serta dunia sebelum  akhirat

Jangan kau tangisi
Pemergianku ini
Jangan kau ratapi
Keberangkatanku kali ini

Setelah ku tersedar
Kau pula menjadi tahanan
Suratku ditangkismu
Lawatanku dibiarkanmu

Pabila kau dibebaskan
Tak pernah pula aku kau cari
Namun aku masih setia
Untuk menanti hadirmu

Dan kini kita bersama
Menjejak  kisah dulu
Hari itu hari bahgia
Bila aku engkau lamar

Jawapanmu

Tika aku di sisimu
Pernahkah kau terfikir aku mencintaimu
Tika aku di sampingmu
Pernahkah kau terfikir aku menyayangimu

Penantianku terhadap jawapanmu
Masih lagi bersisa
Namun sampai bila
Kerna masaku makin tiba

Enam tahun janjiku
Tentang dirimu
Menanti keputusanmu
Untuk bersamaku

Namun, 
Andai kata aku tiada masa
Maafkan aku
Kerna tak dapat menepati janjiku

Tuhan menakdirkannya
Tentang perasaanku
Tentang penantianku
Dan tentang pemergianku

Jangan kau ratapi pemergianku
Jangan kau sesali sikapmu
Kerna masihkah tidak cukup waktu yang ku beri
Masaku semakin tiba
Namun penantianku masih bersisa

Fikirlah
Buatlah keputusan
Kerna aku akan tinggalkan dunia
Apabila tiba masanya

Dengarlah Kata Hati

Kehadirannya membuatkanku terpana
Kehadirannya membuatkanku terseksa
Kehadirannya membuatkanku terasa
Bagai dunia aku dan dia yang punya

Namun, aku tetap bingung
Jika aku dia yang punya
Bisakah peristiwa hitam itu
Terjadi kepadanya

Dan kau hadir dalam sekelip mata
Kehadiranmu terasa beribu kali ganda
Lalu perasaan cinta mula bergelora
Dan seketika aku terlupa

Aku terlupa ku tak bisa menjadi milikmu
Lalu ku minta lepaskanlah aku
Biarkanlah aku meneruskan kehidupan
Biarkanku hidup berseorangan

Namun Tuhan Maha Berkuasa
Maka aku dank au bersatu jua
Dalam setahun lahirlah cahaya mata
Dan kini kita hidup bahagia

Aku berharap kau bisa menerimaku
Biarpun darahku darahnya jua
Tetapi dia tetap menusia

Aku bermohon berikanku waktu
Untuk menghilangkan sumpahan itu
Namun kau tetap meninggalkanku
Aku redha dengan pemergianmu

Definisi Cinta


Cinta adalah kesulitan
Cinta adalah kesakitan
Cinta membawa kesengsaraan
Cinta menghasilkan penderitaan

Kerana cinta manusia leka
Kerana cinta manusia alpa
Kerana cinta manusia menjadi hina
Kerana cinta manusia menjadi gila

Cinta kepada Tuhan adalah sejati
Cinta kepada Rasul adalah murni
Cinta kepada ibu bapa tidak akan ditelan Bumi
Cinta kepada keluarga insya-Allah akan abadi

Cinta adalah rahsia Tuhan
Tertulis sudah segala jodoh dan pertemuan
Apabila tiba masanya
Dua jiwa bersatu juga

Cintaku Satu Permainan


Tika hatiku dan hatimu bersatu
Tika hatiku dan hatimu bertemu
Satu getaran bermain di sanubariku
Satu perkataan berkata pada hatiku

Bisikan cintamu bermain dalam mimpiku
Cahaya cintamu bermain di ruang mataku
Alunan cintamu bermain dalam lagu-laguku
Rentak cintamu menghentikan rutin hariku

Kau juga mengatakan
Hadirku menyempurnakanmu
Hadirku menyembuhkanmu
Hadirku membahagiakanmu
Hadirku menyelamatkanmu

Kini, aku terbuai denganmu
Mengapa kau menzalimiku
Mengapa kau meninggalkan aku
Mengapa kau mengabaikanku

Tanpa khabar berita
Kau pergi jauh ke sana
Meninggalkan aku sendiri
Mengharungi hari-hari yang sakit

Aku bagaikan orang gila
Yang menantimu lewat jendela
Tika aku hampir berputus asa
Kau hadi bersama dia

Siapa aku di hatimu dulu
Apa yang terjadi dengan kata-katamu
Hingga membuatku tak lena
Hingga buatku merana

Katamu dia pilihan keluarga
Tapi kenapa kau dan dia kelihatan mesra
Adakah cintaku hanya permainan
Atau hanya satu persinggahan

Mengalirnya Cinta Berdarah

Aku menghadapi kesakitan
Ku menghadapi kedukaan
Ternyata parahnya kesakitan
Atas semua yang telah kau lakukan

Lalu aku dibuang jauh
Dari hati juga pandangan
Fikiranku telah kau serongkan
Hatiku telah kau patahkan

Di sin ku semadikan cinta
Cinta yang telah membuatku sengsara
Di sini kusemadikan cinta
Cinta yang membuatku terluka

Namun kini kau kembali jua
Setelah berapa tahun lamanya
Merungkai kenangan lama
Kata-katamu membuatku terkesima

Aku masih punya harga diri
Aku masih punya maruah diri
Aku masih punya mahkota hati
Aku tak rela cintaku didustai lagi

Pergilah kau pujanggaku
Ku tak ingin kau merayu
Tmatlah sudah cinta berdarah
Yang hanya mengundang air mata

Bukan Jodoh Kita

Tiada ungkapan mampuku kata
Tiada lafaz mampuku bicara
Tiada bisikan mampuku suara
Tiada rayuan mampuku luah

Kau meninggalkan aku dalam sekelip mata
Tanpaku tahu mana silapnya
Kau tinggalkanku tanpa nota
Namun mampuku fahami secara batinnya

Begitu sakit untukku kata
Begitu pedih untukku suara
Zahirnya aku membencimu
Batinnya aku sangat menyayangimu

Begitu sakit untukku kata
Begitu pedih untukku suara
Begitu zalim perbuatanmu padaku
Begitu jahil tingkahmu padaku

Tika aku menyayangimu
Kau tak mempedulikan aku
Tika aku memerlukanmu
Kau tiada di sisiku

Aku melepaskan kau pergi
Walau hati tak sudi
Aku melepaskan kau pergi
Andai itu suratan azali

Betapa Sakitnya

Untukku lepaskan cinta sungguh ku tak mampu
Untukku lepaskanmu sungguh ku tak berdaya
Untukku lupakanmu sugguh ku tak mahu
Untukku berpisah darimu sungguh ku derita

Namun, mungkinku harus berundur
Kerna bagiku dia di tempat selayaknya
Bersamamu untuk selamanya
Sedangkan aku?

Aku hanya bisa memendam rasa
Aku hanya layak menyembunyikan rasa
Aku hanya layak pergi darimu
Aku hanya menjauhimu

Biarpun ku tak sanggup
Namun, mungkin kau bukan untukku
Biarpun aku tak sanggup
Namun, ini untuk kebaikanmu

Aku rela menjauh
Asal kau bahagia
Aku rela menjauh
Asal kau gembira

Diriku bukan untukmu
Jangan kau jejakiku
Diriku bukan untukmu
Justeru, identitiku tak perlu kau tahu

Selamat tinggal, cinta
Selamat datang, derita
Perasaan ini harusku simpan
Namun, wajahmu takkan ku lupakan

ApaKah mASih AdA


Ingin sekali aku temui jejaka
Yang hanya akan menundukkan pandangannya
Tiap kali berbicara sama wanita
Yang terjaga akidahnya

Sungguhku teringin untuk temui jejaka
Yang sungguh menghormati wanita
Yang menjaga batasnya
Yang tidak menodai wanita dengan dustanya

Apakahku bisa temui jejaka ini
Sungguh payah ‘tuk kutemui pada zaman ini
Kerana setiap lelaki hanya pandai berjanji
Tetapi kaum Hawa terpinggir jua nanti

Sehingga kini
Tiada kepercayaan terhadap lelaki
Kerana kepercayaan ini
Begitu serik untukku bagi 

After Years

"I miss you" But I keep the words buried down deep in my heart Thinking and hoping I'll forget about you And these days, no...